Pulut adalah sejenis makanan dan santan juga makanan. Oleh sebab itu, pulut dan santan merupakan benda yang perlu ada di kedai-kedai runcit mahupun pasaraya seperti TESCO, JUSCO dan sebagainya. Ok pulut dan santan memang tidak berkaitan dengan apa yang aku nak cakap hari ini. Yang aku tahu bila pulut dan santan bertemu dalam cendol jadilah cendol pulut! hahaha...Dapatkannya di sebelah Restoran Kopitan, Jalan Sungai Dua Pulau Pinang dengan harga hanya RM2.50 semangkuk. .....................(long pause).................. Sebenarnya aku nak berkongsi peribahasa Melayu ni je.
Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan merasa.
Sekarang ni ramai yang kata dunia dah moden, dah maju, dah canggih dan sewaktu dengannya lah. Tetapi sedar ataupun tidak, masih ada segelintir golongan yang tidak maju dari segi fikiran mereka. Majukan fikiran tidaklah bermaksud sehingga mengabaikan hukum agama. Cuma sebelum buat sesuatu ataupun nak cakap sesuatu fikir dulu. Jangan ikutkan perasaan. Kelak membinasakan diri sendiri dengan meonjolkan kebodohan yang sedia ada.
Jadi yang manakah diri anda?

dah boleh komen!
ReplyDeleteBelanja cendol pleaseee... :P
ReplyDelete